Keistimewaan Tungku Herba Setsuri

Kalau bercerita tentang amalan tradisional dalam berpantang memang tidak akan habis. Sungguh banyak warisan yang diturunkan! Tapi tahukah anda yang amalan bertungku ini amat bagus untuk dilakukan selepas bersalin?

Malah, amalan tradisional ini bukan saja untuk proses dalam pantang. Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang bukan baru bersalin! Ayuh kita ketahui keistimewaan Tungku Herba Setsuri ini.

Amalan bertungku adalah amalan turun menurun masyarakat melayu bagi ibu-ibu berpantang. Kini, lebih mudah dengan adanya Sarung Tungku Herba Setsuri. Sarung ini yang diperbuat daripada kain tebal yang dijahit dan diisi dengan rempah ratus dan akar kayu yang sesuai digunakan bagi melancarkan peredaran darah, memberikan bauan yang mampu menenangkan dan meredakan stress. Dengan adanya sarung herba ini anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari akar kayu atau daun-daun herba untuk melapik tungku.


Tungku Herba Setsuri
ini mudah dipegang dan memudahkan untuk para ibu untuk bertungku. Ianya adalah 100% besi tulen dengan berat 2kg dan kepanasan tungku ini mampu tahan selama lebih 1 jam.

Keistimewaan Tungku Herba Setsuri ini adalah ia mampu untuk melancarkan pengaliran darah, membuang angin, mengecutkan rahim, menghilangkan lenguh, mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal dan juga melancarkan pengeluran darah nifas dari tubuh anda.

Cara penggunaan:

  • Panaskan tungku besi diatas api sederhana sahaja selama 10-15 minit.
  • Angkat dan balut tungku dengan kain terlebih dahulu kemudian baru dimasukkan ke dalam sarung herba.
  • Tungku yang panas dan tidak dibalut boleh menyebabkan sarung herba terbakar.
  • Masukkan tungku ke dalam sarung herba.
  • Bertungku di perut, peha, kaki dan belakang. Tekan dengan lembut ke badan anda. Haba dari batu tungku menyebabkan otot rehat dan memperbaiki peredaran darah.
  • Sarung tungku herba tidak perlu dibasuh. Simpan sarung di dalam bekas kedap udara selepas digunakan jika sudah benar-benar sejuk untuk tahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *