Amalan berpantang dilakukan untuk memulihkan semula tubuh wanita kepada sedia kala. Namun, terdapat pantang larang yang perlu diikuti untuk mengekalkan kesihatan para ibu dalam tempoh berpantang. Disini terdapat senaraikan pantang larang yang lazim diguna pakai oleh para ibu semasa berpantang.
- Elakkan minum minuman yang sejuk dan berais. Hal ini kerana ia akan membuatkan urat-urat badan anda mengembang dan mengakibatkan rasa sengal-sengal pada badan.
- Memakai sarung kaki. Dengan memakai stokin, ini dapat mengelakkan daripada badan dimasuki angin dari bahagian kaki. Hal ini membantu bagi terkena pelbagai penyakit.
- Elakkan duduk secara mencangkung kerana ini akan mengakibatkan rahim jatuh dan seterusnya akan memudaratkan luka jahitan akan terkoyak.
- Elakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin kerana dipercayai dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Antara sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku dan bayam. Buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat dan lain-lain.
- Elakkan memakan makanan yang pedas dan mempunyai kandungan minyak yang banyak. Hal ini akan menyebabkan proses pencernaan anda akan terganggu. Anda akan kerap untuk ke tandas dan membuang air besar seterusnya proses ini akan menyukarkan keadaan.
- Elakkan makan makanan laut yang gatal supaya dapat mengelakkan kegatalan pada luka bersalin.
- Hadkan pergerakan anda. Keadaan ini kerana jika anda terlalu banyak bergerak, ini akan mengakibatkan luka bersalin akan lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak disebabkan pergerakan, terutama aktiviti lasak.
- Elakkan tidur terlalu banyak pada siang hari. Hal ini akan menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit sendi. Anda dibenarkan untuk tidur sebentar sebelum waktu zohor, dalam islam dipanggil “Qailullah” bagi mengumpul semula tenaga.
- Dilarang menjahit sama sekali kerana ini akan melemahkan daya fizikal ibu kerana anda perlu fokus dan teliti ketika menjahit.
- Rapatkan kaki bila hendak tidur. Perkara ini akan memudahkan proses pemulihan sistem peranakan anda untuk sembuh selain daripada penggunaan bengkung setiap hari.
Bagaimanapun pantang larang berpantang ini hanyalah suatu tradisi semata-mata, dan ia bukanlah menjadi suatu perkara yang wajib dilakukan. Jika ianya tidak memudaratkan anda, maka anda dibenarkan untuk meninggalkan pantang tersebut. Selamat berpantang dan semoga bermanfaat.