Tungku merupakan salah satu alat yang penting dalam berpantang.
Amalan bertungku telah lama diamalkan oleh generasi sebelum ini kerana khasiat dan kelebihannya.
Walaupun zaman kian moden, masih ramai ibu-ibu yang baru bersalin memilih untuk bertungku ketika berpantang.
Bagaimana ya cara bertungku yang baik? Apa pula kelebihan tungku ni semasa berpantang?
Mari baca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut, ayuh!
Bertungku Selepas Bersalin
Waktu selepas bersalin adalah waktu yang paling penting untuk ibu-ibu memastikan badan kembali sihat.
Proses mengandung bayi hampir setahun, kemudian melahirkan bayi sememangnya mendatangkan kesan terhadap tubuh badan.
Jadi, apa yang ibu-ibu boleh lakukan ialah bertungku semasa dalam pantang.
Amalan tradisional ini kebiasaannya dilakukan dengan memanaskan objek seperti batu yang dibalut herba tertentu.
Kemudian, tungku dibalut herba itu dibalut pula dengan kain untuk mengelakkan kulit melecur sebelum diletakkan pada bahagian badan tertentu.
Kelebihan Tungku
Bagi mereka yang tidak biasa dengan amalan tungku selepas bersalin ini, berikut merupakan antara kelebihannya.
Amalan bertungku dapat mengecutkan rahim dengan pantas dan juga memecahkan lemak badan.
Maksudnya, amalan bertungku ini dapat membantu ibu-ibu berpantang menguruskan badan agar kembali sihat.
Selain daripada dapat menghangatkan badan si ibu dan membuang angin dari badannya, buasir juga dapat dielakkan.
Bertungku juga dapat membaik pulihkan urat saraf yang terjejas sewaktu bersalin serta mengembalikan kesegaran badan.
Khasiat lain adalah ibu-ibu akan kurang berasa lenguh serta perjalanan darah juga akan lebih lancar setelah semua darah kotor dapat dikeluarkan.
Bahagian Yang Perlu Tungku
Untuk ibu-ibu berpantang, sebaik-baiknya bertungku dilaksanakan sebanyak 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.
- Bahagian badan
Termasuklah bahagian keliling payudara, tengkuk, belakang pinggang.
Bertungku dibahagian payudara dapat membantu melancarkan pengeluaran susu.
Letakkan tungku di bahagian bawah tengkuk agar dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian leher dan kepala.
Bertungku dibahagian belakang pinggang dan juga bahagian perut dan ulu hati dapat membuang angin.
- Bahagian peranakan
Proses bertungku dibahagian ini perlu dilakukan oleh orang yang lebih mahir seperti bidan untuk mengelakkan bahaya.
Peranakan ditolak oleh tungku dari bawah sehingga ke pusat untuk mengecutkan rahim yang telah kembang.
Tujuan yang lain adalah agar dapat mengurangkan ketidakselesaan dan potensi bahagian perut untuk tampil buncit.
- Bahagian bawah
Selain daripada bahagian yang disebut seperti diatas, bahagian-bahagian badan lain juga perlu ditungku.
Terutamanya bahagian pelipat, punggung, peha dan betis yang perlu ditungku selama 15 ke 20 minit untuk setiap bahagian agar dapat didatangkan khasiat yang kekal.
4 Pilihan Tungku Terbaik Untuk Ibu Bersalin
Dalam membuat pilihan tungku yang terbaik, ianya tidaklah begitu susah.
Setiap tungku yang berlainan jenis dapat memberikan faedah tertentu untuk ibu-ibu berpantang.
Berikut merupakan beberapa pilihan yang anda boleh pertimbangkan:
- Tungku Batu Sungai
Tungku batu sungai merupakan tungku klasik yang sering menjadi pilihan ibu-ibu berpantang sejak zaman dahulu lagi.
Batu sungai yang versatile ini mudah dipanaskan diatas api selama 5-20 minit sebelum dibalut kain yang dialas herba-herba pilihan.
Jangka masa ia panas agak lama iaitu selama satu jam. Sempatlah ibu-ibu untuk bertungku dibahagian badan yang sepatutnya.
Dapatkan Tungku Batu Sungai di sini
- Tungku Besi 2kg
Jika anda menginginkan tungku yang tampak lebih moden, tungku besi ini mungkin dapat menambat hati anda.
Tungku besi seberat 2kg ini tidak kurang versatile dari tungku batu sungai tadi ya.
Selain daripada tahan lama, ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Dapatkan Tungku Besi 2kg di sini
- Tungku Herba Garam
Jika anda mencari sesuatu yang lebih kecil dan ringan tapi mengharapkan khasiat yang sama, tungku herba garam lah pilihan anda!
Tungku ini mengandungi garam bukit dan juga lebih 50 rempah ratus terpilih seperti daun asam, daun mengkudu dan serai wangi.
Tungku ini digunakan untuk tempoh sebulan berpantang sahaja.
Dapatkan Tungku Herba Garam di sini
- Tungku Herba Garam Batu
Tungku ini lebih kurang macam tungku garam bukit diatas cuma garam yang digunakan dalam tungku ini lebih istimewa.
Selain daripada lebih 50 herba pilihan sebagai ramuannya, tungku ini juga mengandungi garam batu.
Setelah dikukus selama 10 ke 15 minit, anda boleh segera bertungku agar khasiat dari herba tungku diserap oleh badan.
Dapatkan Tungku Herba Garam Batu di sini
Kesimpulannya, terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih di pasaran.
Sekiranya anda masih lagi belum membelinya sebagai persediaan selepas bersalin dan masih lagi tercari-cari yang sesuai, anda boleh melihat Setsuri.
Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.
Kesemua produk Setsuri diperbuat dari bahan semula jadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan ramuan dan bahan semula jadi tropika.
Setsuri diciptakan untuk menolong wanita, terutama mereka yang menjadi ibu buat pertama kalinya.
Walaupun Setsuri telah memodenkan produk mereka sesuai dengan keperluan wanita moden sekarang, ia masih lagi mengekalkan unsur tradisional.
Setsuri telah mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 8 tahun dan produk-produknya juga telah diluluskan KKM bagi mengekalkan kualiti produk yang bagus.
Tambahan lagi, produk-produk Setsuri sangat berpatutan dan boleh dimiliki ramai.
Setsuri adalah pelbagai produk penting yang diperlukan ibu setelah melahirkan. Ia terdiri daripada keperluan berpantang dan penyusuan ibu.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk melawati laman web rasmi Setsuri dan membuat pembelian dengan segera!