Bengkung bukan lagi benda asing bagi kaum wanita. Ia seringkali di kaitkan dengan wanita selepas bersalin untuk tujuan berpantang.
Namun begitu, terdapat juga mereka yang memakainya dengan tujuan mengempiskan badan atau kekal ramping.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati dengan memakai bengkung serta jenis-jenis yang popular, ikuti artikel ini sehingga akhir.
5 Kelebihan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
- Mengempiskan perut
Selain dari berfungsi untuk membantu wanita berpantang, ia juga dapat membantu memecahkan lemak dan mencegah seseorang dari makan berlebihan.
Dengan memakainya setiap hari, anda boleh mengempiskan perut anda.
Selepas ini, anda tidak perlu lagi mengamalkan rutin diet yang sukar semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
- Menghasilkan postur tubuh yang baik dan menguatkan tulang belakang
Selain itu, ia juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah sakit belakang dan membantu menghasilkan postur tubuh yang lebih baik.
Tambahan lagi, ia menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan ketika mengandung.
- Mengelakkan perut masuk angin
Seterusnya, ia dapat membantu pengaliran angin dengan lancar apabila anda memakainya dengan sempurna dan kemas.
- Menghalang peranakan daripada ‘turun’
Jika anda pernah dengar tentang masalah “turun” peranakan, anda boleh mengelakkan ia dari berlaku dengan memakai bengkung.
Ia akan membantu menguatkan kembali otot rahim dan mengelakkan masalah “turun” peranakan yang lemah akibat proses melahirkan.
- Mempercepatkan pengeluaran darah kotor/darah nifas semasa berpantang
Dengan memakainya, anda dapat mempercepatkan proses pengeluaran darah nifas yang berlaku akibat melahirkan.
Tips Berbengkung
Jika anda masih lagi baru dalam penggunaan bengkung, lebih-lebih lagi untuk berpantang, di sini kami sertakan beberapa tips ringkas dalam pemakaian untuk rujukan anda.
- Memakai bengkung selama 44 hari/100 hari bagi ibu bersalin
- Jika bersalin melalui pembedahan, anda hanya boleh menggunakan bengkung apabila anda telah sembuh dari kesan pembedahan dengan sempurna
- Sapukan minyak atau krim pada bahagian perut, pinggul dan pinggang sebelum memakai bengkung
- Ikat dari bawah ke atas bagi memudahkan urusan ke tandas atau longgarkan ikatan pada bahagian bawah sekiranya ingin ke tandas
- Ikat dalam keadaan berbaring bagi memudahkan proses pemakaian
3 Pilihan Bengkung Terbaik
Memilih bengkung yang sesuai dan terbaik boleh menyebabkan sedikit kekeliruan, lebih-lebih lagi apabila ianya merupakan pembelian pertama anda.
Berikut merupakan beberapa pilihan yang sedang hangat di dalam pasaran Malaysia dan mempunyai kualiti yang terbaik.
- Bengkung Calico Zip
Bengkung Calico Zip keluaran Setsuri ini boleh di dapati dalam pelbagai saiz. Antara saiz yang ditawarkan adalah:
- S (20 inci x 42 inci)
- Free Size (20 inci x 49 inci)
- XL (20 inci x 50 inci)
- XXL (20 inci x 55 inci)
Bengkung Calico ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya adalah:
- Boleh dipakai sendiri tanpa pertolongan orang lain
- Material nya diperbuat dari kain belacu berkualiti tinggi, tebal dan lembut
- Labuh sekurang-kurangnya sehingga bawah punggung dan peha
- Mempunyai zip bagi memudahkan ibu-ibu mengandung untuk ke tandas
Dapatkan Bengkung Calico Zip di sini.
- Bengkung Moden 3 in 1
Selain itu, terdapat juga bengkung moden 3 in 1 keluaran Setsuri. Diperbuat dari polyster dan spandex, bengkung ini lembut, lightweight dan senang untuk kulit anda bernafas.
Tambahan lagi, anda boleh mendapatkan bengkung ini dalam saiz M, L serta XL dan ia mempunyai strip Velcro membuatkan ia sangat fleksibel dan elastik.
Antara kelebihannya adalah:
- Mudah untuk dipakai
- Mengikut bentuk badan anda
- Membantu ibu berpantang untuk mengurangkan sakit belakang
- Mudah untuk melakukan kerja rumah atau pejabat ketika menggunakan bengkung tersebut
Dapatkan Bengkung Moden 3 in 1 di sini
- Bengkung Jawa 12 Meter
Dengan material cotton, bengkung jawa 12 meter ini juga telah menjadi pilihan ramai ibu-ibu berpantang di luar sana.
Setsuri Bengkung Jawa ini lebih ketat, lebih ringan, kuat, lebih lama dan tetap di tempat yang menutupi perut, pinggang dan pinggul anda.
Antara kelebihannya adalah:
- Membantu menghilangkan inci pinggang dengan lebih cepat
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Kelihatan lebih langsing serta merta
- Membantu mengurangkan tanda regangan
- Menyokong punggung, mengurangkan sakit punggung bawah dan mencegah rahim “jatuh”
Dapatkan Bengkung Jawa 12 Meter di sini
Kesimpulannya, terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh pilih di pasaran.
Sekiranya anda masih lagi belum membelinya sebagai persediaan selepas bersalin dan masih lagi tercari-cari yang sesuai, anda boleh melihat Setsuri.
Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.
Kesemua produk Setsuri diperbuat dari bahan semula jadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan ramuan dan bahan semula jadi tropika.
Setsuri diciptakan untuk menolong wanita, terutama mereka yang menjadi ibu buat pertama kalinya.
Walaupun Setsuri telah memodenkan produk mereka sesuai dengan keperluan wanita moden sekarang, ia masih lagi mengekalkan unsur tradisional.
Setsuri telah mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 8 tahun dan produk-produknya juga telah diluluskan KKM bagi mengekalkan kualiti produk yang bagus.
Tambahan lagi, produk-produk Setsuri sangat berpatutan dan boleh dimiliki ramai.
Setsuri adalah pelbagai produk penting yang diperlukan ibu setelah melahirkan. Ia terdiri daripada keperluan berpantang dan penyusuan ibu.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk melawati laman web rasmi Setsuri dan membuat pembelian dengan segera!