Risau Nak Cari Bidan Pada Musim Pandemik? Ini 5 Tips Untuk Berpantang Sendiri di Rumah.

Anda sedang menghitung hari untuk bersalin? Bercadang ingin berpantang sendiri di rumah?

Jangan risau, berpantang sendiri di rumah tidaklah sesusah yang kita semua sangkakan. 

Lagi-lagi musim pandemik ini memang agak sukar untuk mencari bidan yang dapat membantu ibu-ibu berpantang selepas bersalin.

Mari kita baca artikel ini untuk mengetahui beberapa tips menarik untuk anda berpantang sendiri di rumah. Jom!

Pengenalan persediaan bersalin

Pasti anda dan pasangan berdebar-debar menunggu ketibaan si comel kan? 

Dalam penantian yang penuh debaran, anda perlu bersiap siaga lebih awal dalam menyiapkan barangan buat si bayi dan juga si ibu. 

Untuk ke hospital, anda boleh mula mengemas barang-barang bayi seperti lampin dan bedung ke dalam beg hospital atau bakul. 

Manakala, barang persalinan si ibu yang perlu di-pack juga termasuklah kain batik, stokin dan baju.

Barang keperluan lain yang penting juga termasuklah bahan bacaan, telefon bimbit beserta charger dan juga powerbank. 

5 tips berpantang sendiri

berpantang sendiri

Walaupun berpantang sendiri di rumah adalah sesuatu yang tidak mustahil, namun, ia memerlukan sedikit usaha agar anda dapat melakukannya dengan betul.

Berikut merupakan 5 tips untuk anda berpantang sendiri:

  • Persiapkan emosi, mental dan fizikal

Sebagai ibu yang sedang mengandung dan bakal bersalin, anda perlu membekalkan kekuatan dari segi emosi, mental dan fizikal yang cukup.

Bukan sahaja ibu mengandung, malah, suami dan ahli keluarga sekeliling juga turut sama kerana kehadiran bayi bakal mendatangkan suatu cabaran baharu.

Kebiasaannya, ibu-ibu akan jadi lebih sensitif sewaktu berpantang. Malah, dapat mengundang kepada perasaan mudah marah, tersinggung, stres dan sebagainya.

Ibu-ibu tidak perlu rasa serba salah kerana hal ini adalah normal disebabkan keletihan dek kurang tidur dan juga menahan kesakitan. 

Banyakkan berfikiran positif dan amalkan zikir-zikir dan doa-doa lazim beserta bacaan ayat suci al-Quran untuk membina kekuatan.

  • Sediakan jadual berpantang dan checklist untuk suami

Berpantang pun perlu berjadual? Semestinya!

Ibu yang baru sahaja melalui proses bersalin perlu mendapatkan rehat yang secukupnya agar dapat kembali cergas. 

Jadi, aturan masa untuk ibu berbengkung, bertungku, mengepam susu, berurut dan sebagainya perlu diberikan perhatian.

Manakala, buat para suami yang ingin memainkan peranan boleh membuat checklist menurut aktiviti-aktiviti dalam jadual si ibu. 

  • Upah pembantu rumah

Suami yang prihatin dan bertanggungjawab akan membantu isterinya melalui proses berpantang dengan baik.

Suami boleh membantu si isteri menyelesaikan kerja rumah sepanjang tempoh berpantang.

Jika si suami agak sibuk ataupun tak berkemampuan untuk melaksanakan semua kerja rumah, bolehlah pertimbangkan untuk mengupah pembantu rumah.

  • Persiapkan menu berpantang

Sebelum anda ke hospital untuk bersalin, buatlah senarai menu makanan berpantang yang sesuai.

Makanan berpantang biasanya agak ringkas dan mudah kerana bahan yang digunakan tidak banyak.

Namun khasiat masakan ringkas itu adalah penting untuk si ibu yang sedang berpantang.

Untuk lebih mudah, sediakan dan penuhkan stok siap-siap di dapur dan boleh juga frozenkan agar senang, tinggal hangatkan sahaja.

  • Hantar anak kepada pengasuh

Andaikata proses berpantang kali ini bukanlah kali pertama, pastinya anda memerlukan pengasuh untuk menjaga anak.

Untuk mengurangkan stres dan memastikan proses berpantang tidak terganggu, anda boleh menghantar anak ke taska.

Atau anda juga boleh mendapatkan khidmat pengasuh untuk menjaga anak anda buat sementara waktu.

 

Tips doktor perubatan untuk berpantang sendiri

Selain daripada tips-tips diatas, kami turut bawakan tips dari para pakar perubatan tentang cara berpantang di rumah yang efektif. 

Kegiatan bertungku adalah sinonim dengan ibu yang baru sahaja lepas bersalin. 

Malah, ternyata bertungku dapat mendatangkan banyak kebaikan kepada ibu-ibu yang sedang berpantang.

Namun, doktor menasihatkan agar ibu-ibu tidak terlalu ekstrim dalam bertungku.

Hal ini kerana kulit manusia adalah agak nipis dan sensitif terutamanya dengan haba yang berlebihan.

Takut ia memudaratkan khususnya bagi ibu-ibu yang baru bersalin melalui pembedahan Caesarean.

Selain itu, ibu-ibu yang berpantang sendiri di rumah perlu berwaspada dengan simptom-simptom yang memerlukan mereka untuk segera ke hospital. 

Antara simptom-simptom berikut termasuklah darah nifas yang keluar dengan banyak secara tiba-tiba, demam panas atau pening kepala yang dahsyat dan sukar bernafas.

Kesimpulannya, kini ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan sedang selamat berpantang sudah tahu sedikit sebanyak tips berpantang. 

 

Sekiranya anda mencari set bersalin yang sesuai, anda boleh merisik-risik Setsuri.

Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.

Kesemua produk Setsuri diperbuat dari bahan semula jadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan ramuan dan bahan semula jadi tropika.

Setsuri diciptakan untuk menolong wanita, terutama mereka yang menjadi ibu buat pertama kalinya. 

Walaupun Setsuri telah memodenkan produk mereka sesuai dengan keperluan wanita moden sekarang, ia masih lagi mengekalkan unsur tradisional.

Setsuri telah mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 8 tahun dan produk-produknya juga telah diluluskan KKM bagi mengekalkan kualiti produk yang bagus.

Tambahan lagi, produk-produk Setsuri sangat berpatutan dan boleh dimiliki ramai. 

Setsuri adalah pelbagai produk penting yang diperlukan ibu setelah melahirkan. Ia terdiri daripada keperluan berpantang dan penyusuan ibu.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk melawati laman web rasmi Setsuri dan membuat pembelian dengan segera!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan?