Kalau anda ingat korset ini hanya dipakai pada zaman dahulu, anda silap!
Pemakaiannya masih lagi relevan hingga masa kini.
Terutamanya bagi mereka yang ingin tampil langsing walaupun sudah beranak ramai.
Tapi lagi bagus kalau anak dara terutamanya zaman sekarang untuk mengambil tahu tentang korset.
Kenapa perlu ambil tahu tentang korset ini?
Tahukah anda, korset ni ada banyak kelebihan dan faedah untuk diri kita.
Daripada membentuk tubuh badan hinggalah membantu mengurangkan kesakitan, sama ada fizikal ataupun mental.
Anda tak percaya?
Teruskanlah membaca dan anda pasti terkejut!
Apa Itu Korset?
Korset bukanlah sesuatu penemuan yang baru malah telah lama bertapak dalam sejarah pemakaian wanita sejak awal tahun 90-an lagi.
Ia merupakan pakaian dalam yang direka untuk mengurangkan ukuran pinggang pemakai dan melatih pinggang dalam jangka masa yang lama.
Bukan itu sahaja, korset juga direka untuk membantu menyokong payudara.
Asalnya, ia diperbuat daripada kain yang boleh diregang dan boning atau tulang korset untuk menyokong badan dan menonjolkan bentuk tubuh anda.
Jikalau dijaga dengan rapi, sehelai korset boleh digunakan bertahun-tahun lamanya!
Korset yang baik akan membantu anda mengecilkan pinggang, memberikan bentuk tubuh seperti jam pasir ala-ala Kim Kardashian!
8 Kelebihan Memakainya
Mungkin ramai yang tidak tahu korset ni banyak kelebihan selain daripada mendapatkan tubuh yang langsing.
Sebab itulah tugas kami nak memberitahu anda.
- Memperbaiki postur badan
Kebanyakan korset mempunyai boning atau tulang belakang yang diperbuat daripada pelbagai bahan.
Boning ini mampu membantu anda menegakkan postur badan anda, meluruskan punggung dan memastikan anda berdiri tegak.
Ia sangatlah berguna untuk pesakit skoliosis yang telah melihat perbezaan ketara dalam struktur badan mereka setelah memakai korset secara berkala.
- Mengurangkan berat badan
Macam mana pakai korset boleh tolong kurangkan berat badan?
Betul, ia akan mengelakkan daripada perut anda mengembang terlalu besar jadi anda pun akan secara tidak langsung mengurangkan makanan anda.
- Meningkatkan keyakinan diri
Siapa saja yang tak akan rasa yakin pada diri sendiri jika badan cantik dan langsing?
Nak bergaya dengan bermacam jenis pakaian pun mudah tanpa perlu memikirkan bagaimana rupa badan anda.
Secara tidak langsung, rasa keyakinan itu akan mempengaruhi keterampilan anda.
- Mengurangkan kesakitan
Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, korset mampu membantu anda mengurangkan kesakitan pada belakang badan dan bahagian pelvis anda.
Hal ini kerana korset menstabilkan dasar pelvis dan menyebabkan aktiviti bergerak menjadi lebih selesa dan selamat.
Ia juga membantu mengecutkan uterus yang sangat sesuai untuk ibu-ibu mengembalikan bentuk badan ke keadaan asal.
- Mengelakkan perut buncit
Pemakaian korset boleh membantu menegangkan kulit di beberapa kawasan seperti perut, pinggang dan sekitarnya.
Kesannya, kulit di bahagian tersebut tidak akan mengendur.
Oleh itu, anda tidak perlu menghadap lagi masalah perut buncit.
- Mengurangkan sakit kepala dan migrain
Biar betul memakai korset boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain?
Ya, apabila memakai korset, postur anda akan terjaga maka tiada lagi gangguan pada saraf dan saraf tunjang untuk berhubung dengan otak.
Jadi, anda akan kurang mengalami sakit kepala dan migrain.
- Membakar lemak dan selulit
Perkara yang sering menjadi masalah bagi para wanita adalah lemak dan selulit yang tidak mudah untuk dibuang.
Untuk membantu pembakaran lemak, anda perlu memakai korset selepas menyapu krim panas di bahagian yang anda sasarkan.
Balutan korset akan membantu krim panas tersebut untuk berfungsi dengan lebih efektif.
Kombinasi ini bukan sahaja mampu membakar lemak tetapi mengatasi masalah selulit juga, terutamanya bagi ibu-ibu mengandung.
- Jauhi depresi dan kegelisahan (anxiety)
Kajian dapati bahawa memakai korset dapat membantu seseorang melawan depresi dan serangan panik.
Hal ini kerana secara tidak langsung manfaat yang anda dapati sama seperti seseorang yang melakukan Terapi Tekanan Dalam (Deep Pressure Therapy).
Anda akan merasakan seperti dipeluk dan pada masa yang sama meniupkan keyakinan dalam diri anda.
Siapa sangka hanya pakaian dalaman yang dikatakan ketinggalan zaman ini boleh memberikan banyak sangat faedah dan manfaat untuk diri kita.
Selepas membaca semua kelebihan yang telah kami kongsikan di atas, kami pasti anda inginkan satu untuk diri anda.
Buku bertajuk “Solaced: Solaced: 101 True Stories About Corsets, Well-Being, and Hope” bagaimana pemakaian korset boleh membantu dari segi kesihatan mental.
“Korset dipakai oleh ramai orang untuk menangani kemurungan, serangan panik atau kegelisahan
Hal ini kerana, korset memberikan elemen Deep Pressure Therapy dan terasa seperti pelukan yang selamat dan berterusan.
Ini mampu memberi kelegaan kepada mereka yang memakai korset.”
Dapatkan Korset Anda Di Sini!
Belilah Calico Zip Body Wrap oleh Setsuri!
Apa yang istimewa tentang Calico Zip Body Wrap?
Pertama sekali, body wrap ini sangat sesuai bagi ibu yang berpantang kerana ia mempunyai zip jadi anda tak perlu risau lagi kalau nak ke tandas.
Berbeza dengan body wrap atau bengkung tradisional yang anda perlu ikat berlilit dekat perut kemudian agak susah nak buka bila anda perlu.
Calico Zip Body Wrap datang dalam 4 saiz (S, free size, XL dan XXL), sesuai untuk dipakai daripada awal hingga hujung proses berpantang.
Yang paling penting, body wrap ini diperbuat daripada kain belacu yang berkualiti tinggi dan boleh dipakai sendiri samada secara baring atau berdiri.
Tak perlulah nak panggil kakak, mak, semua orang untuk memakainya.
Direka khas labuh sehingga sekurang-kurangnya ke bawah punggung atau peha, anda tak perlu risau tentang lemak-lemak yang tak diingini di bahagian tersebut.
Menarik betul kan?
Nak lagi menarik? Layari laman web Setsuri kerana terdapat pelbagai produk berpantang buat ibu-ibu.
Antaranya adalah mandian herba, minyak dan losyen, produk menyusu dan bahan bertungku.
Anda tak perlu risau kerana kesemua produk Setsuri diperbuat daripada bahan semulajadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia.
Tujuan utama Setsuri adalah untuk menolong wanita yang bergelar ibu terutamanya yang menjadi ibu buat pertama kali.
Walaupun telah dimodenkan untuk kemudahan para wanita, Setsuri masih lagi berpandukan rawatan tradisional.
Berpengalaman dalam industri selama 8 tahun, tidak hairanlah Setsuri menjadi syarikat yang membekalkan produk berpantang terkemuka di Malaysia!
Jadi jangan tunggu lagi.