Body Massage Oil: Waktu Pemakaian dan Kebaikan Ekstrak Bunga Matahari

Rutin mengurut tubuh dengan body massage oil dapat membantu melegakan kekejangan dan meningkatkan peredaran darah.

Ia juga berkesan untuk membuatkan badan rasa segar dan menghilangkan rasa lenguh dan sakit sendi terutama sekali apabila ia dilakukan dengan minyak bunga matahari.

Kami akan menerangkan khasiat-khasiat minyak bunga matahari serta sebab-sebab anda perlu menjadikannya sebagai body massage oil pilihan utama anda.

Ingin tahu mengapa? Teruskan membaca artikel ini!

Khasiat Ekstrak Bunga Matahari

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang anda akan dapat dengan penggunaan minyak bunga matahari secara konsisten kepada kulit anda:

  •  Mengurangkan Tanda Penuaan Kulit

Minyak biji bunga matahari sangat bagus untuk menjamin kecantikan kulit yang berpanjangan serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Ini kerana ia mengandungi vitamin E yang bersifat sebagai antioksidan yang berkesan untuk melindungi kulit daripada kedutan.

Kedutan boleh berlaku akibat pendedahan terhadap radikal bebas dan pencahayaan matahari yang berpanjangan.

Tanda-tanda penuaan ini juga dapat dilihat dengan kemunculan garis halus pada muka walaupun di usia muda.

Namun, dengan penggunaan minyak biji bunga matahari secara konsisten, risiko-risiko tersebut dapat dikurangkan.

  •  Meningkatkan Kesihatan Rambut

minyak rambutManfaat minyak biji bunga matahari bukan sahaja terhad untuk kesihatan kulit namun ia juga sangat berkhasiat untuk kecantikan rambut anda.

Minyak bunga matahari mengandungi sebatian organik penting yang tinggi di samping calciferol dan vitamin B yang dapat memberikan perlindungan daripada pelbagai pengaruh negatif.

Seperti yang kita tahu, pengaruh negatif seperti radikal bebas cenderung untuk memusnahkan lapisan keratin rambut dan mempromosikan penuaan sel awal kulit kepala.

Oleh kerana sifatnya yang kaya dengan antioksidan, minyak bunga matahari mampu membantu merawat masalah rambut rapuh.

Antara manfaat-manfaat lain penggunaan minyak bunga matahari pada rambut adalah untuk:

  • Melembapkan kulit kepala serta menghilangkan kelemumur 
  • Meningkatkan nutrien pada folikel rambut
  • Memulihkan rambut rosak akibat pendedahan bahan kimia
  • Mengelakkan kekeringan 
  • Mengembalikan kekuatan rambut dan sinaran semula jadi
  • Melindungi rambut daripada radiasi ultraviolet
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai masalah rambut kering, anda dapat mengatur dan merapikan rambut dengan menggunakan minyak ekstrak bunga matahari.

  • Membantu Mengatasi Jerawat

jerawatTahukah anda bahawa minyak biji bunga matahari merupakan sejenis minyak non-komedogenik yang dapat menyerap ke dalam kulit dengan mudah tanpa menyumbat pori-pori?

Ini membuatkannya minyak yang ideal untuk merawat masalah kulit serta mengatasi jerawat.

Ini kerana, punca utama penumbuhan jerawat adalah apabila sel-sel kulit dan pori tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.

Bukan itu sahaja, minyak ini sesuai untuk pelbagai jenis kulit sama ada kulit kering, normal, berminyak dan berjerawat.

Ia juga kurang memberikan risiko berlakunya iritasi pada kulit.

Kandungan vitamin E, A, C, D dan antioksidan membuatkannya berkesan untuk merawat jerawat serta membersihkan kulit daripada bakteria penyebab jerawat.

  • Melembabkan Kulit

Satu lagi khasiat minyak bunga matahari adalah sifatnya yang menenangkan dan mampu melembapkan kulit sama ada pada wajah atau badan. 

Ini membuatkannya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau sensitif.

Minyak biji bunga matahari mengandung kandungan asid linoleat yang berkesan dalam membantu menjaga ketahanan kulit dan mengurangkan kehilangan air pada epidermis kulit. 

Tambahan pula, ia juga mudah diserap ke dalam kulit. Oleh sebab itu, dengan menyapu minyak bunga matahari pada kulit, ia dapat memberikan kelembapan pada kulit dengan segera. 

Bila Anda Boleh Pakai Minyak Ekstrak Bunga Matahari?

  • Semasa Urut Berpantang

Minyak bunga matahari boleh digunakan ketika menjalani urutan berpantang.

Sudah menjadi tradisi penting untuk wanita yang baru bersalin mendapatkan urutan berpantang bagi melegakan dan merawat otot yang bengkak.

Para ibu juga akan diurut pada bahagian leher, dada, tangan dan kaki untuk memberikan ketenangan, membaiki kualiti tidur dan melegakan kekejangan selepas penat menjalani proses bersalin.

Urutan berpantang ini biasanya dilakukan dengan menggunakan minyak untuk memudahkan lagi proses mengurut.

Dengan menggunakan minyak bunga matahari, para ibu dapat menenangkan fikiran sambil menikmati keharuman bau bunga matahari di samping dapat melancarkan peredaran darah.

  • Ketika Kulit Kering

kulit kering
Seterusnya, anda juga boleh menggunakan minyak bunga matahari sekiranya anda mengalami masalah kulit kering.

Kulit kering akan berlaku sekiranya lapisan paling atas kulit iaitu epidermis tidak menerima kelembapan atau hidrasi yang secukupnya.

Hal ini akan membuatkan kulit mula bersisik serta mengelupas. Kulit juga berisiko untuk merekah jika tidak dirawat.

Namun jangan risau, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar, minyak bunga matahari berkesan untuk digunakan bagi merawat masalah kulit kering. 

Ini kerana ia membantu untuk memelihara kesihatan lapisan luar kulit dan meningkatkan tahap kelembapan secara keseluruhan dan optimum.

Bukan itu sahaja, minyak bunga matahari juga mempunyai sifat menenangkan dan berkesan untuk meningkatkan kelembapan kulit. 

Penggunaan minyak bunga matahari secara konsisten dapat membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel mati pada kulit serta membuatkannya menjadi halus dan lembap.

Minyak biji bunga matahari adalah minyak non-komedogenik yang sangat mudah menyerap dan tidak akan menyumbat pori-pori. 

Ia juga sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuk kulit kering, normal, berminyak dan berjerawat.

  • Merawat Parut 

Parut terjadi disebabkan oleh proses penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas berlaku kecederaan pada kulit.

Apabila berlakunya kecederaan pada kulit akibat trauma, jangkitan, masalah jerawat atau pembedahan, tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. 

Parut bukan sahaja boleh terbentuk pada tisu dalaman, malah ia juga boleh terjadi pada permukaan kulit.

Jika anda mempunyai masalah parut akibat kecederaan terdahulu atau luka-luka di badan, kami syorkan anda merawatnya dengan minyak bunga matahari.

Mengapa? 

Minyak bunga matahari mengandungi anti-inflamasi yang berkesan untuk memudarkan kemerahan dan kekasaran pada permukaan kulit. 

Ia juga kaya dengan asid omega-6 dan vitamin E yang sangat membantu mengurangkan keradangan pada kulit serta meningkatkan perkembangan sel-sel kulit baru.

Setsuri Body Massage Oil dijamin keberkesanannya!

massage oil setsuri

Sekiranya anda ingin merasai khasiat-khasiat minyak bunga matahari yang dinyatakan di atas, kami menyarankan anda menggunakan Setsuri Body Massage Oil.

Setsuri Body Massage Oil diperkaya dengan ekstrak sirih dan bunga matahari, sesuai digunakan semasa mengurut ibu dalam pantang.

Ia juga dirumus khas bagi melembapkan dan melembutkan kulit.

Bukan itu sahaja, botolnya juga mempunyai penutup yang boleh dikunci bagi mengelakkan kebocoran.

Tambahan pula, Setsuri berpengalaman dalam menawarkan pelbagai produk berpantang yang terkemuka di Malaysia. 

Kesemua produk kami diformulasikan dengan bahan semula jadi dan mesra alam. 

Ia juga diinspirasikan daripada rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan bahan dan pati semulajadi tropika. 

Bukan itu sahaja, setiap pengeluaran produk kami sudah mendapat kelulusan KKM dan sangat berkualiti tinggi.

Jangan tunggu lama untuk mendapatkan manfaat minyak bunga matahari daripada Setsuri Massage Oil.

Dapatkan body massage oil dengan ekstrak bunga matahari Setsuri segera!





Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan?