Sudah menjadi lumrah bagi wanita mengandung untuk memikirkan barang keperluan sebelum bersalin. Antara keperluan yang penting termasuklah breast pump.
Secara ringkasnya, ia merupakan alat untuk membantu para ibu yang bekerja untuk
Jadi, kami akan berkongsi beberapa info penting yang anda perlu tahu seperti bengkak susu, fungsi serta senarai jenama breast pump yang terbaik di Malaysia.
Teruskan membaca.
Apa itu bengkak susu ?
Sebelum kami berkongsi senarai jenama breast pump yang terbaik di Malaysia, kami akan menerangkan mengenai masalah bengkak susu terlebih dahulu.
Bengkak susu merupakan masalah yang dihadapi oleh para ibu yang menyusukan anaknya. Ia terjadi apabila payudara si ibu mula terasa mengeras.
Bengkak susu ini terjadi akibat daripada penambahan susu si ibu, payudara terasa sakit sehingga menyebabkan ia membengkak.
Antara punca terjadinya masalah bengkak susu ialah:
- Si ibu berhenti menyusu anaknya secara tiba-tiba
- Susu si ibu keluar sedangkan bayi masih belum boleh menyusu
- Bayi mulai minum susu formula
Sekiranya masalah bengkak susu ini tidak juga surut, ia boleh menyebabkan si ibu untuk menghadapi demam dan kemerah-merahan.
Untuk simptom sebegini, anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui perihal simptom-simptom tersebut dengan lebih lanjut.
Fungsi Breast Pump
Breast pump merupakan peralatan penyusuan bayi yang digunakan untuk mengepam susu badan si ibu selepas tamat tempoh bersalin.
Terdapat 2 jenis breast pump iaitu manual dan juga automatik.
Kebiasaannya, breast pump manual boleh didapati dalam saiz kecil. Ini memudahkan si ibu untuk membawa ia kemana sahaja.
Pam jenis ini lebih sesuai untuk digunakan oleh para ibu yang mengepam secara berkala, misalnya surirumah.
Manakala breast pump automatik (seringkali dirujuk sebagai elektronik) menggunakan sumber elektrik sebagai power source utama.
Antara power source yang anda boleh gunakan adalah seperti bateri (AAA/AA) ataupun power bank.
Buat para ibu yang sedang menyusukan anak, anda diingatkan untuk membeli breast pump yang bersesuaian dengan bajet.
Breast Pump Pilihan Anda
Disebabkan pandemik Covid19 ini, ramai golongan ibu yang kembali bekerja bagi membantu suami untuk menyara keluarga.
Meskipun si ibu kesibukan bekerja, mereka masih tidak melupakan tanggungjawab untuk menyusukan bayi.
Maka, alatan breast pump ini dapat memudahkan urusan si ibu untuk mengepam susu badan.
Berikut merupakan pilihan breast pump yang terdapat di pasaran Malaysia. Mari kita lihat list ini.
Philips Avent (Manual breast pump with bottle)
Breast pump Avent mempunyai kusyen urut lembut untuk merangsang aliran susu badan si ibu.
Ia mempunyai beberapa bahagian yang mudah dipasang, digunakan dan dibersihkan.
Breast pump ini juga amat ringan, padat serta mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Pureen (Manual Breast Pump)
Breast pump manual daripada jenama peralatan bayi yang terkenal, Pureen ini memilki beberapa ciri-ciri penting.
Antara ciri-cirinya itu adalah:
- Bebas BPA
- Mudah untuk si ibu mengepam susu
- Mudah untuk dibersihkan
- Ringan untuk dibawa kemana sahaja
- Kuasa pam sedutan yang kuat
Setsuri Bless Single Electric Breast Pump (Electric/Automatik)
Setsuri juga mempunyai produk breast pump (versi automatik/elektronik) untuk membantu si ibu mengepam susu badan dengan mudah.
Produk ini dijual dalam set dan ia memiliki beberapa keperluan yang penting seperti:
- Mempunyai LCD Display
- Boleh dicas
- Bebas BPA
- Mempunyai timer untuk memberi kesenangan kepada si ibu
- Tidak mempunyai sebarang bunyi
- Boleh digunakan sebagai single pump mahupun double pump
Spectra (Dual Compact Electric)
Mempunyai pam dwi yang sangat selesa , terdapat 12 mod peringkat terperinci, 5 mod urutan yang lembut serta dalam mod yang senyap. Rekaan bentuk yang mudah alih. Mementingkan aliran balik kebersihan.
Buat wanita yang bekerjaya, breast pump elektronik berjenama Spectra ini amat sesuai untuk anda.
Hal ini kerana ia mempunyai pam dwi yang amat selesa dan mudah dikendalikan oleh para ibu.
Ia juga dilengkapi dengan 5 mode urutan lembut bagi melancarkan aliran susu badan.
Selain itu, ia juga direka khas untuk mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Jadi, para ibu yang bekerjaya tidak perlu risau lagi jika anda memerlukan untuk mengepam susu badan.
Kesimpulan, anda boleh menggunakan breast pump sama ada automatik mahupun manual untuk memudahkan urusan ketika bekerja.
Namun begitu, sebagai seorang ibu, anda perlu lebih cakna akan tahap kesihatan fizikal dan juga mental.
Hal ini kerana penghasilan susu bergantung kepada emosi dan makanan yang diambil.
Sekiranya anda sedang mencari set breast pump yang berkualiti dengan harga mampu milik, anda boleh melawati website Setsuri.
Kami di Setsuri merupakan syarikat keluaran Malaysia yang fokus kepada barang-barangan untuk ibu yang lepas bersalin, ibu berpantang dan juga bayi.
Selain itu, kami juga mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 9 tahun. Produk-produk hasil daripada kami telah mendapat kelulusan daripada KKM.
Jadi, kepada para ibu, anda boleh dapatkan breast pump elektronik yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Lawati lawan web kami sekarang dengan menekan klik link di bawah ini.