Khasiat Minyak Kelapa Dara Kepada Ibu Hamil

Minyak kelapa dara dapat memberi banyak kebaikan kepada ibu hamil. Ini disebabkan ia digunakan sejak dari awal kehamilan sehinggalah selesai menyusukan bayi. Pendek kata, minyak kelapa dara sentiasa ada bersama ibu untuk memastikan segala keperluan dan nutrisi ibu dan bayi terjaga. Terdapat beberapa kelebihan dan khasiat minyak kelapa dara yang anda perlu tahu:

  • Meningkatkan kadar metabolisme badan

Minyak kelapa dara dapat meningkatkan kadar metabolisme badan supaya sistem badan dapat berfungsi dengan baik dan ia juga merupakan cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Apabila anda mengamalkan minyak kelapa di dalam diet harian anda, ianya dapat membakar lebih banyak kalori di dalam badan.

  • Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Memiliki kulit yang sihat dan cantik merupakan idaman semua orang. Dengan menyapu minyak kelapa dara ke kulit anda, ia dapat membantu melembapkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan licin. Selain itu, minyak kelapa dara juga dapat melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit.

  • Memberi tenaga

Amalan minum minyak kelapa dara amat bagus kerana ianya memberikan tenaga segera kepada tubuh badan. Minyak kelapa dara juga membantu mengurangkan keletihan setelah penat bekerja.

  • Memudahkan proses bersalin

Minyak kelapa dara dapat membantu ibu yang akan melahirkan anak dengan menolong mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Minyak kelapa dara membantu melembutkan bahagian servik sebelum berlakunya kontraksi. Ianya dapat membantu mengurangkan risiko-risiko lain seperti ‘koyak’ pada bahagian kelamin ibu sepanjang proses bersalin.

  • Mengurangkan mabuk mengandung

‘Morning sickness’ sudah agak sinonim di kalangan ibu mengandung di mana ianya amat tidak digemari oleh si ibu. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara, ianya dapat mengurangkan rasa mual dan loya serta dapat membantu mengurangkan keletihan.

Jadi, banyak khasiat minyak kelapa dara yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kini anda boleh menikmati minyak kelapa dara daripada Setsuri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan?