Apabila menjelang musim perayaan, pasti ada antara kita yang berat badannya makin menaik.
Salah satu cara untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal adalah dengan memakai corset.
Pemakaiannya dalam kalangan wanita tidak lagi menjadi asing. Ia membantu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan diingini oleh para wanita.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa info penting mengenai corset. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan maklumat berfaedah.
Apakah korset?
Korset dikenali sebagai pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul serta dada kelihatan lebih kecil dan kemas.
Selain daripada untuk mencantikkan tubuh badan, pemakaian corset juga digunakan dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang dan osteoporosis.
Ia membantu untuk mengembalikan postur serta memudahkan individu membuat aktiviti harian.
Artikel berkait:
5 Fungsi Pemakaian Korset
Pada bahagian ini, kami akan berkongsi 5 fungsi memakai korset. Berikut adalah huraiannya:
Membantu Menahan Nafsu Makan
Salah satu kebaikan memakai korset adalah ia membantu untuk mengawal nafsu makan.
Hal ini disebabkan oleh pemakaiannya yang menekan otot akan menyebabkan perut si pemakai terasa lebih kenyang.
Mengurangkan Berat Badan
Memakai korset juga membantu untuk menurunkan berat badan secara signifikan.
Ini kerana daripada tekanan daripada pemakaian korset itu membuatkan si pemakai akan mengambil porsi makanan yang lebih sedikit.
Membuatkan Tubuh Badan Lebih Menarik
Tips yang lebih berkesan untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik serta pinggang menjadi ramping adalah konsisten memakai korset.
Selain itu, pemakaian korset juga dapat membantu untuk membetulkan postur Ketika duduk.
Ini membantu individu yang duduk dalam posisi membongkok mendapatkan postur badan yang lebih baik.
Hal ini disebabkan postur membongkok sangatlah tidak bagus untuk waktu jangka masa yang lama.
Sebab itu anda disarankan untuk memakai korset untuk kelihatan tegap dan duduk yang betul.
Membantu Semasa Berpantang
Penggunaan korset atau bengkung selepas bersalin sangat ditekankan oleh orang terdahulu supaya perut dan badan boleh kembali seperti sebelum mengandung.
Setiap wanita selepas bersalin sangat digalakkan untuk memakai korset untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, lebih-lebih lagi ketika berpantang.
Mencantikkan Perut Buncit
Pemakaian corset dalam kalangan wanita yang sedang diet juga amat digalakkan.
Sebagai contoh, jika wanita tersebut menjaga pemakanan, individu tersebut akan mengalami penurunan berat badan.
Ini akan menyebabkan perubahan fizikal pada tubuh badan, betul?
Untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal dan rapi, anda boleh memakai corset dengan cara-cara yang betul.
Baca juga:
Cara-Cara Betul Memakai Korset
Tidak terlalu ketat
Pemakaian korset adalah untuk membantu mendapatkan bentuk badan dan menurunkan berat dalam jangka masa tertentu.
Jadi, pastikan anda tidak memakai korset yang terlalu ketat. Ia akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas.
Jika anda memakai korset yang ketat untuk jangka masa yang lama, ia boleh mengakibatkan masalah organ pernafasan seperti jantung dan paru-paru menghadapi masalah.
Konsisten
Buat mereka yang inginkan bentuk badan yang cantik dan rapi, anda perlu konsisten dalam pemakaian corset.
Sangat cliche, tetapi begitulah caranya untuk mendapatkan postur dan bentuk badan yang baik.
Saiz yang Tepat
Ini adalah yang amat penting kerana kita akan memakai korset dalam waktu yang lama.
Untuk memastikan keselesaan, anda dinasihatkan supaya mengukur saiz badan sebelum membuat pembelian corset.
Hal ini disebabkan setiap orang mempunyai saiz badan yang tersendiri. Jadi, pastikan anda mengukur badan anda terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran.
Corset yang bersesuaian
Kini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis corset di pasaran. Terdapat juga corset yang digunakan untuk golongan yang tertentu sahaja.
Jadi, pastikan anda memilih corset yang betul sebelum membuat pembelian sama ada secara online mahupun fizikal di kedai.
Antara keburukan jika tersalah memakai corset, ia boleh menyebabkan bentuk badan yang tidak sekata.
Jika anda sedang mencari produk corset yang berpatutan, selamat dan mudah untuk digunakan, anda boleh mencuba corset daripada kami di Setsuri.
Di Setsuri, kami mempunyai empat jenis corset yang berbeza iaitu:
- Bengkung Batik Wrap
- Calico Zip Body Wrap
- Java Body Wrap
- Modern Body Wrap 3 in 1
Anda tidak perlu risau kerana corset dan bengkung di Setsuri diperbuat daripada material yang elakstik. Ini memudahkan si pemakai untuk bernafas dengan lancar.
Selain itu, pemakaiannya juga amat mudah serta ada yang mempunyai velcro closure. Ini untuk memastikan agar corset/bengkung tidak mudah tertanggal daripada badan.
Ada corset yang sesuai untuk ibu mengandung seperti Bengkung Batik Wrap dan Calico Zip Body Wrap. Manakala, Java Body Wrap pula bagus untuk support tulang belakang.
Seperti yang dinyatakan di atas, pemakaian corset/bengkung kami amat mudah kerana anda boleh memakainya ketika duduk mahupun berdiri.
Jadi, anda tidak perlu meminta pertolongan daripada orang lain setiap kali ingin memakainya.
Untuk itu, anda boleh lihat katalog corset/bengkung Setsuri dengan menekan link ini.
Disamping itu, kami bukan sahaja menjual corset/bengkung, kami turut menjual set berpantang, breastfeeding dan herbal paste untuk ibu hamil.
Buat pengetahuan anda, produk ini mendapatkan kelulusan daripada KKM bagi memastikan keselamatan kepada para pengguna. Jadi, anda tidak perlu bimbang lagi.
Tambah lagi, produk kami di formulasi daripada bahan-bahan semula jadi yang dapat membekalkan pelbagai kebaikan kepada si pemakai.
Tunggu apa lagi?
Lawat website kami sekarang dan dapatkan produk yang anda perlukan dengan klik link di bawah ini.