Proses pantang bersalin adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu-ibu kembali pulih seperti sediakala.
Melahirkan bayi bukanlah sesuatu yang mudah, jadi selepas bersalin, perlunya ada rutin khas yang tertentu untuk memastikan ibu dan bayi sihat.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui serba sedikit tentang tips pantang selepas bersalin yang ibu-ibu wajib tahu. Ayuh, kita baca dengan lanjut!
7 Tips Pantang Selepas Bersalin Yang Ibu-Ibu Wajib Tahu
Terdapat beberapa tips yang perlu diketahui oleh ibu-ibu yang menjalani pantang selepas bersalin. Antaranya:
- Bertungku & berurut
Selepas bersalin, ibu-ibu disarankan agar bertungku dan berurut agar dapat mengeluarkan angin dari badan.
Haba dari tungku akan dapat membetulkan urat yang tegang selain daripada memulih kembali aliran darah.
Jika anda kurang selesa menggunakan tungku tradisional, boleh sahaja menggunakan kaedah moden seperti pek haba.
Walaupun alat yang sedikit berbeza, ibu-ibu yang berpantang masih juga dapat masih juga dapat membantu menyihatkan rahim serta memulihkan sebarang kelenguhan pada otot-otot, saraf dan sendi.
Namun, berhati-hati agar bahagian luka pembedahan Caesarean tidak ditungku.
Disarankan juga agar bahagian badan yang ditungku tidak melebihi 30 minit.
- Mengambil jamu
Sejak turun-temurun, nenek moyang kita mengamalkan herba-herba tradisional agar dapat mengembalikan semula tenaga dan memanaskan badan.
Selain itu, mengambil jamu ketika berpantang dapat mengeluarkan toksin dan lemak yang terkumpul dalam badan.
Malah, khasiat dalam jamu yang anda telah minum tadi dapat memudahkan urusan membuang air besar dan mengelakkan sembelit.
- Memakai bengkung
Ibu-ibu yang sedang berpantang kebiasaannya akan memakai bengkung agar dapat mengempiskan perut dan melangsingkan badan.
Memakai bengkung juga dapat mengelakkan perut daripada masuk angin.
Terdapat banyak jenis bengkung yang berada di pasaran, jadi ikutlah citarasa anda.
- Memakan makanan berkhasiat
Proses melahirkan bayi menggunakan tenaga yang banyak, jadi, ibu yang sedang berpantang pasti memerlukan makanan berkhasiat untuk mengembalikan semula tenaga.
Makanan berkhasiat bagaimana yang dimaksudkan? Sebaik-baiknya makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.
Contoh makanan berkhasiat yang popular ialah sup ayam kurma merah. Khasiatnya dikhabarkan dapat membantu memulihkan luka luaran dan dalaman.
- Minum air dengan cukup
Sewaktu berpantang, ibu-ibu perlu memastikan mereka minum air mineral secukupnya.
Air yang cukup itu banyak mana? Haa, tidak kurang dari 3 liter sehari.
Minum air dengan cukup dapat mengelakkan masalah sembelit dan juga membantu ibu-ibu menghasilkan susu yang banyak.
- Jaga kesihatan fizikal
Walaupun sedang berpantang dan pergerakan masih lagi terhad, kesihatan fizikal masih perlu dijaga.
Untuk memastikan pengaliran darah lebih lancar serta mengelakkan lemak berlebihan daripada terkumpul, ibu-ibu disarankan agar melakukan sedikit kerja rumah yang ringan.
Jangan melakukan gerakan fizikal yang terlalu berat atau drastik untuk mengelakkan kecederaan.
Hanya bergerak mengikut kemampuan agar kekal aktif walaupun dalam pantang.
- Jaga kesihatan mental
Ibu yang baru lepas bersalin mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga mental.
Kehadiran bayi terutamanya buat mereka yang kali pertama menimang cahaya mata pasti merupakan suatu perubahan yang agak besar.
Sokongan daripada keluarga terutamanya daripada suami adalah amat penting ketika ini.
Ibu yang berpantang perlu memikirkan pemulihan dirinya dan juga keadaan bayinya, jadi, amatlah penting agar ahli keluarga terdekat dapat membantunya dari pelbagai aspek.
Elakkan sayur-sayuran seperti bayam, pucuk ubi, kangkung dan labu. Begitu juga dengan buah-buahan seperti pisang, nangka dan cempedak.
Kesimpulannya, kini ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan sedang selamat berpantang sudah tahu sedikit sebanyak tips berpantang.
Sekiranya anda mencari set bersalin yang sesuai, anda boleh merisik-risik Setsuri.
Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.
Kesemua produk Setsuri diperbuat dari bahan semula jadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan ramuan dan bahan semula jadi tropika.
Dapatkan Calico Zip Body Wrap oleh Setsuri!
Apa yang istimewa tentang Calico Zip Body Wrap?
Pertama sekali, body wrap ini sangat sesuai bagi ibu yang berpantang kerana ia mempunyai zip jadi anda tak perlu risau lagi kalau nak ke tandas.
Berbeza dengan body wrap atau bengkung tradisional yang anda perlu ikat berlilit dekat perut kemudian agak susah nak buka bila anda perlu.
Calico Zip Body Wrap datang dalam 4 saiz (S, free size, XL dan XXL), sesuai untuk dipakai daripada awal hingga hujung proses berpantang.
Yang paling penting, body wrap ini diperbuat daripada kain belacu yang berkualiti tinggi dan boleh dipakai sendiri samada secara baring atau berdiri.
Tak perlulah nak panggil kakak, mak, semua orang untuk memakainya.
Direka khas labuh sehingga sekurang-kurangnya ke bawah punggung atau peha, anda tak perlu risau tentang lemak-lemak yang tak diingini di bahagian tersebut.
Menarik betul kan?
Nak lagi menarik? Layari laman web Setsuri kerana terdapat pelbagai produk berpantang buat ibu-ibu.
Antaranya adalah mandian herba, minyak dan losyen, produk menyusu dan bahan bertungku.
Anda tak perlu risau kerana kesemua produk Setsuri diperbuat daripada bahan semulajadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia.
Tujuan utama Setsuri adalah untuk menolong wanita yang bergelar ibu terutamanya yang menjadi ibu buat pertama kali.
Walaupun telah dimodenkan untuk kemudahan para wanita, Setsuri masih lagi berpandukan rawatan tradisional.
Berpengalaman dalam industri selama 8 tahun, tidak hairanlah Setsuri menjadi syarikat yang membekalkan produk berpantang terkemuka di Malaysia!
Jadi jangan tunggu lagi.