Postnatal Care Malaysia: Kepentingan, Barang Keperluan dan Senarai Set Pantang

Sudah menjadi tradisi terutamanya, di Malaysia untuk menjalani proses berpantang (postnatal care) selepas melahirkan anak.

Walaupun zaman sudah moden, pelaksanaan berpantang dari dulu hingga sekarang adalah tetap sama iaitu 44 hari, 60 hari atau 100 hari.

Bagi yang tidak tahu, sekarang terdapat banyak set-set postnatal care di Malaysia yang memudahkan ibu-ibu zaman sekarang. 

Untuk wanita-wanita yang sedang belajar tentang postnatal care, kami kongsikan kepentingan melakukannya, keperluannya, dan produk-produk postnatal care yang terbaik di Malaysia.

Kepentingan Melakukan Postnatal Care

postnatal care

Ramai wanita moden zaman sekarang tidak menganggap postnatal care itu sesuatu yang penting. Tetapi, sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa anda perlu lakukan postnatal care.

Antaranya adalah: 

  • Pendarahan Selepas Bersalin 

Selepas bersalin, wanita akan mengalami pendarahan (nifas atau lochia) yang boleh berlarutan lebih daripada 2 minggu. Waktu ini, wanita perlu berehat dan elak daripada melakukan kerja-kerja berat atau banyak berjalan. 

Ia bertujuan untuk mengelakkan terjadinya tumpah darah atau luka bersalin terbuka semula. Wanita juga perlu menjaga pemakanan untuk pastikan nutrisi mencukupi bagi menampung keperluan badan akibat kehilangan darah. 

  • Sakit Lepas Bersalin 

Tidak kiralah bersalin secara normal atau pembedahan, sakit selepas bersalin boleh memberikan kesan pada emosi dan fizikal wanita. 

Zaman sekarang, ramai wanita yang mendapatkan khidmat confinement lady untuk membantu dari segi penjagaan lepas bersalin, kerja rumah dan penjagaan bayi.

Dengan bantuan ini, dapatlah ibu-ibu selepas hamil berehat, elakkan tekanan serta bantu mereka untuk menguruskan emosi dengan lebih baik. 

Sebab itulah postnatal care penting untuk pastikan proses penyembuhan berjalan dengan lancar. 

  • Mengalami Perubahan Emosi Atau Hormon

Pertukaran hormon progesterone dan estrogen berlaku sebaik sahaja selepas uri tertanggal. 

Hormon yang tidak seimbang boleh mempengaruhi emosi wanita. Dengan ini, postnatal care dapat membantu wanita menjalani proses pemulihan hormon dan emosi dengan lebih baik. 

  • Penyusuan Bayi

postnatal care

Bagi ibu muda yang pertama kali menyusu, proses penyusuan bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka perlu bersedia secara fizikal dan emosi. 

Hal ini kerana mereka perlu membiasakan diri menjaga bayi, belajar menyusu bayi dengan betul dan akan melalui fasa kurang tidur. 

Postnatal care penting untuk pastikan 3 perkara di bawah: 

  1. Emosi ibu terkawal
  2. Memberi nutrisi yang cukup untuk ibu supaya kekal bertenaga untuk menyusu 
  3. Memberikan nutrisi kepada bayi melalui susu.
  • Post-baby Belly

Post-baby belly adalah keadaan perut yang masih buncit selepas melahirkan kerana uterus atau rahim wanita yang telah mengembang semasa bersalin.

Postnatal care seperti proses bertungku dan berurut sedikit sebanyak membantu dalam proses pengecutan rahim. Mengurut juga boleh membantu melancarkan peredaraan susu yang penting untuk bayi. 

Barang Keperluan Untuk Postnatal

postnatal care

Untuk ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak, pastinya ada yang mencari-cari barang keperluan yang anda perlukan untuk postnatal.

Antara barang yang anda boleh sediakan adalah: 

  • Bengkung
  • Maternity atau overnight pad
  • Kain batik
  • Mandian herba
  • Set bersalin seperti jamu, pilis dan minyak panas
  • Skrub muka atau badan 
  • Krim pecah lemak (slimmin cream)
  • Tungku dan kain buruk
  • Stoking 
  • Baldi atau gayung (untuk rebusan mandian)
  • Periuk tanah (kalau tiada, periuk biasa bersaiz besar juga boleh digunakan)
  • Pemanggang  

Produk Postnatal Care di Malaysia

Bagi ibu-ibu atau bakal ibu yang sedang mencari produk postnatal care, jangan risau kami kongsi senarai antara produk postnatal yang terbaik di Malaysia.

  • Setsuri

postnatal care

Anggun Postnatal Kit 4 in 1 ialah set postnatal care mini Setsuri yang bukan sahaja ringkas dan mudah tetapi juga praktikal untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan. 

Dengan kelulusan KKM, set postnatal mini ini dijamin selamat dan sesuai untuk digunakan bagi ibu-ibu selepas bersalin supaya badan sentiasa cergas dan emosi kekal stabil. 

4 produk istimewa di dalam set ini adalah: 

  1. Pilis (ready to use). Sapu nipis saja sudah boleh rasa berangin dan melegakan rasa ‘berat’ di kepala. 
  2. Postnatal herb capsule untuk meningkatkan tenaga dan memudahkan pelawasan. 
  3. Massage oil untuk urutan dan membuatkan badan ibu selesa dan elakkan perut rasa sebu atau badan sejuk. 
  4. Baby oil untuk urutan bayi adalah untuk mengelakkan kembung perut. Yang menariknya adalah baunya yang ala-ala essential oil. 

Dan yang paling bagusnya postnatal care set dari Setsuri bukan sahaja padat dengan keperluan postnatal care tetapi juga boleh didapatkan dengan harga mampu milik. 

  • Tanamera

Tanamera Post Natal Care Set mengandungi produk tradisional yang digunakan sejak turun-temurun dan set ini mengandungi:

  1. Cold Press Virgin Coconut Oil
  2. Herbal Massage Oil 
  3. Brown Formulation Soap 
  4. Herbal Bath 
  5. Feminine Herbal Wash
  6. Calming Herbal Blend Paste
  7. Firming Herbal Blend Paste
  8. Boreh Body Scrub
  9. Herbal Tea
  10. Abdomen Binder (Bengkung)

Gabungan dalam set ini dirumus secara tradisional dan saintifik untuk bantu ibu-ibu pulih dalam masa yang lebih singkat. 

  • Amway

Tropical Herbs Post Natal Care Amway merupakan gabungan formulasi tradisional dan teknologi moden dan set ini mengandungi:

  1. Herbal Tea (after birth 1 dan after birth 2)
  2. Cleansing Herbal Scrub Soap 
  3. Warming Ginger Massage Oil 
  4. Comforting Baby Oil + Virgin Coconut Oil 
  5. Feminine Herbal Wash With Prebiotic & Manjakani
  6. Multiflora Calming Spray
  7. Soothing Nipple Balm
  8. Firming Herbal Blend

Postnatal care set ini diformulasi oleh pengilang yang memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dengan Good Manufacturing Practices (GMP).

  • Shaklee

Set postnatal care Shaklee mengandungi item seperti: 

  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Vitamin C
  3. Vitamin B Complex
  4. Vitalea (multivitamin)
  5. Ostematrix 
  6. Omega Guard
  7. Alfala Complex (jamu moden) 

Set berpantang Shaklee ini terdiri daripada vitamin dan suplemen yang diperlukan oleh ibu-ibu selepas bersalin. 

Kesimpulan

Jika anda mencari set postnatal care yang mampu milik tetapi mengandungi keperluan untuk postnatal care anda, pilihlah Setsuri Anggun Postnatal Kit 4 in 1. 

Set postnatal ini ringkas memudahkan ibu-ibu untuk membawanya ke hospital dan terus menggunakannya selepas bersalin jika ditahan wad. 

Postnatal Herbs Capsule yang terdapat dalam set ini mengandungi 60 kapsul yang cukup untuk ibu-ibu yang berpantang 44 atau 60 hari. 

Pilis Herbal Paste pula mengandungi campuran herba istimewa sedia digunakan (ready to use). 

Ini bermakna ibu-ibu dah tak perlu nak bancuh untuk sapuan di dahi lagi, guna sahaja Pilis Herbal Paste Setsuri. 

Massage Oil Setsuri diperkaya dengan estrak serai wangi dan bunga matahari yang berkesan untuk melembapkan dan melembutkan kulit. 

Baby Oil mengandungi estrak almond dan mempunyai bau segar citrus yang bukan sahaja boleh melembapkan kulit bayi malah ia juga mudah menyerap ke dalam kulit tanpa kesan melekit.

Anda tak perlu risau lagi tentang kelesesaan bayi anda jika gunakan Baby Oil ini. 

Perkara paling penting adalah set berpantang ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia jadi anda tak perlu ragu-ragu lagi. 

Jika anda mencari produk-produk postnatal lain seperti bengkung, placenta disposable kit atau V-steam therapy kit, anda boleh dapatkannya dengan Setsuri. 

Setsuri diciptakan untuk membantu wanita, terutama mereka yang menjadi ibu buat pertama kalinya. 

Walaupun Setsuri telah memodenkan produk mereka mengikut kesesuaian dan keperluan wanita moden sekarang, ia masih lagi mengekalkan unsur tradisional.

Setsuri mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 8 tahun dan produk-produknya juga telah diluluskan oleh KKM. 

Tambahan lagi, produk-produk Setsuri sangat berpatutan dan boleh dimiliki ramai. 

Jangan tunggu lagi.

Dapatkan Set Postnatal Care Anda! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan?