Melahirkan bayi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Disebabkan itu, ibu-ibu perlu ada set berpantang terbaik dari setsuri sendiri di rumah.
Proses berpantang adalah sangat penting bagi setiap ibu. Ia bertujuan untuk memastikan bahawa kesihatan para ibu kembali pulih seperti sediakala. Jadi ibu-ibu haruslah memilih set berpantang terbaik untuk meningkatkan kesihatan selepas bersalin.
Dalam artikel ini, kami senaraikan set berpantang sendiri yang ibu-ibu wajib miliki sebelum bersalin. Selamat membaca!
Kehadiran Cahaya Mata Suatu Anugerah
Menimang bayi atau lebih mesra dipanggil cahaya mata ialah sebuah anugerah yang paling istimewa buat pasangan berkahwin.
Cahaya mata secara tidak langsung membawa sinar kegembiraan dan nafas baharu kepada pasangan kahwin dan seluruh ahli keluarga.
Tips Persediaan Berpantang Sendiri
Sekiranya ini kali pertama anda menimang anak, anda perlu memastikan bahawa persediaan yang dilakukan adalah rapi dan mencukupi.
Oleh itu, kedua suami dan isteri perlu saling bertoleransi ketika membuat persediaan untuk berpantang sendiri.
Perkara yang paling penting ialah kedua-dua suami isteri perlu membeli barangan persediaan ibu dan bayi seperti lampin, susu, dan juga perubatan.
Ini bertujuan untuk memastikan bahawa kuantiti barangan tersebut mencukupi sepanjang tempoh berpantang.
Jadi, barangan apakah yang perlu disediakan untuk ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang sendiri?
Berikut merupakan tips daripada pihak kami:
Memakan makanan berkhasiat
Melahirkan bayi sememangnya menggunakan tenaga yang banyak. Jadi, si ibu yang sedang berpantang amat memerlukan makanan berkhasiat untuk mengembalikan semula tenaga.
Makanan berkhasiat bagaimana yang dimaksudkan?
Makanan berkhasiat perlulah mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi. Ketiga-tiga ini amat penting bagi memastikan kesihatan si ibu sentiasa terjaga.
Contoh makanan yang berkhasiat untuk ibu yang sedang dalam pantang ialah sup ikan haruan. Makanan bersup ini dapat memulihkan luka badan dalaman dan juga luaran.
Jaga kesihatan mental
Kehadiran bayi, terutamanya buat pasangan berkahwin yang kali pertama menimang cahaya mata, pasti si ibu merasai suatu perubahan yang besar.
Perubahan tersebut merujuk kepada kedua-dua perubahan fizikal dan juga mental. Si isteri akan berasa lebih cepat penat dan amat sensitif ketika menjaga bayi.
Oleh itu, si suami perlu sentiasa berada di sisi isteri di samping memberi sokongan moral dan meringankan beban di rumah.
Si suami boleh membantu isteri dengan memastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan bersih. Selain itu, si suami juga perlu tahu memasak sekurang-kurang satu atau dua hidangan.
Ini bukan sahaja mampu meringankan beban si isteri, malah ia juga dapat membuatkan si isteri tersenyum dan bertambah sayang kepada si suami.
Mengamalkan herba-herba tradisional
Kita seringkali mendengar pelbagai petua mengenai penggunaan herba-herba tradisional yang diamalkan oleh generasi terdahulu.
Sebenarnya, penggunaan herba-herba tradisional seperti kacip fatima dan ginseng memberikan kesan yang positif kepada ibu yang baru lepas bersalin.
Hal ini kerana herba-herba tradisional dapat mengeluarkan toksin dan lemak yang terkumpul di dalam badan. Ia memberikan kesan kelegaan yang berpanjangan kepada si ibu.
8 Set Berpantang Terbaik Yang Anda Wajib Ada
Kini anda telah tahu beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk persiapan berpantang sendiri.
Proses berpantang anda tak akan lengkap tanpa set-set berpantang terbaik sendiri seperti dibawah:
Set Berpantang & Bersalin Orang Kampung
Akrab dengan tradisi ‘Orang Kampung’ (seperti jenamanya), set ini dilengkapi dengan kapsul kacip fatimah, bengkung, minyak telon dan pelbagai lagi bahan berkhasiat.
Khasiat yang ternyata mampu memberi tenaga kepada ibu bersalin, mengecut dan menguatkan otot rahim, dan mengembalikan kelangsingan tubuh
Set Berpantang & Bersalin Setsuri
Set berpantang terbaik dan bersalin Postnatal Kit daripada Setsuri tampak sahaja ringkas, tetapi yang paling penting adalah penggunaannya yang sangat praktikal.
Hal ini kerana Postnatal Kit Setsuri ini mengandungi barang-barang berpantang dan bersalin yang amat lengkap.
Antaranya adalah Massage Oil, Postnatal Herbs Capsule, Pills Herbal Paste, dan juga Baby Oil.
Setiap kelengkapan produk ini amat mudah untuk digunakan serta ia diperkaya dengan bahan-bahan kandungan semula jadi.
Bahan-bahan kandungan semula jadi seperti ekstrak serai wangi dan bunga matahari daripada Massage Oil memberi kesan kulit lembut kepada para ibu.
Selain daripada itu, anda juga boleh dapatkan Postnatal Kit Setsuri ini pada harga yang sangat berpatutan.
Hanya dengan RM129 anda boleh dapatkan satu set berpantang dan bersalin yang lengkap. Berbaloi, bukan?
Lebih menarik adalah set kelengkapan Postnatal kit ini mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Jadi, para suami, pastikan anda membeli set ini untuk si isteri supaya hari-hari berpantangnya menjadi lebih mudah.
Sekiranya anda berminat dengan Postnatal Kit Setsuri, anda boleh lawati pautan link di sini.
Set Berpantang & Bersalin Salindah
Produk Salindah berkelulusan KKM ini mengandungi bahan-bahan terbaik yang dijamin halal selain daripada hasil keluaran bumiputera.
Selain memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko keguguran, khasiat produk ini juga dapat menambah dan memperbaiki aliran darah si ibu.
Set Berpantang & Bersalin Shaklee
Antara set berpantang sendiri yang terlaris di pasaran, Shaklee merupakan produk halal yang memiliki testimoni yang bagus daripada pengguna dan pakar.
Walaupun harganya agak mahal, set berpantang dan bersalin keluaran Shaklee ditawarkan secara berpakej dan mengikut bajet klien.
Set Berpantang & Bersalin Afiat
Set ini dilengkapi 10 bahan-bahan teras berpantang seperti bedak hangat, pil jamu, gel mandian serai wangi dan minyak afiat.
Set bersalin Afiat merupakan pilihan ibu-ibu kerana ia membantu untuk memulihkan luka bersalin dan mengecutkan rahim.
Set Berpantang & Bersalin Jamu Jelita
Set ini dilengkapi dengan Rendaman Herba Manjakani, Serbuk Nyaman dan Tungku Herba Tradisi yang dapat membantu mengembalikan tenaga dan seri wajah ibu dalam pantang.
Seperti namanya Jamu Jelita, set ini fokus untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan kejelitaan si ibu selepas bersalin.
Set Berpantang & Bersalin Anugerah
Set berpantang dan bersalin daripada Anugerah ini mendatangkan kelebihan seperti mengurangkan kesakitan ketika bersalin dan menstabilkan kembali sistem peranakan sewaktu berpantang.
Set Berpantang & Bersalin Nona Roguy
Set Nona Roguy merupakan antara produk berpantang dan bersalin yang sangat popular dalam kalangan ibu.
Hal ini kerana ramai ibu yakin akan produk ini dapat mengembalikan semula bentuk badan yang cantik selepas bersalin!
Kesimpulannya, kini ibu-ibu yang bakal bersalin sudah tahu sedikit sebanyak senarai set berpantang sendiri yang wajib dimiliki.
Kami ucapkan selamat membuat persiapan dan semoga semua urusan dipermudahkan!
Sekiranya anda mencari set bersalin yang sesuai, anda boleh menggunakan produk daripada kami, Setsuri.
Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.
Kesemua produk kami diperbuat daripada bahan semula jadi dan mesra alam.
Setsuri diciptakan untuk membantu wanita, terutama mereka yang menjadi ibu buat pertama kalinya.
Walaupun Setsuri telah memodenkan produk mereka mengikut kesesuaian dan keperluan wanita moden sekarang, ia masih lagi mengekalkan unsur tradisional.
Setsuri mempunyai pengalaman dalam industri ini selama 8 tahun dan produk-produknya juga telah diluluskan oleh KKM.
Tambahan lagi, produk-produk Setsuri sangat berpatutan dan boleh dimiliki ramai.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melawati laman web rasmi Setsuri dan membuat pembelian dengan segera!