set pantang

Sebelum Anda Pilih Set Pantang, Jom Tengok 7 Perkara Ini

Jika anda sedang mengandung atau mempunyai rakan dan ahli keluarga yang sedang hamil, inilah masanya untuk anda dapatkan set pantang.

Set pantang ini sebenarnya sangat penting untuk ibu-ibu yang baru bersalin. 

Ini supaya tempoh berpantang akan berjalan dengan lancar dan tidak mempunyai apa-apa masalah.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli set pantang serta beberapa cadangan set yang bagus untuk anda dapatkan!

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Set Pantang

1. Bajet pembelian

Perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan semasa membeli set bersalin adalah bajet yang anda perlu keluarkan. 

Terdapat pelbagai jenis set pantang dan setiap jenama mempunyai harga yang berbeza. Oleh itu, anda perlu memilih set yang mengikut bajet anda.

Sebelum memilih set bersalin, anda perlu menetapkan bajet anda terlebih dahulu kemudian membuat survey untuk membandingkan harga antara jenama dan jenis yang berbeza.

2. Di mana set tersebut dijual

Seterusnya, anda juga perlu tahu di mana set bersalin ini dijual. Terdapat banyak bisnes yang menjual set ini sama ada di kedai fizikal mereka atau di laman web mereka.

Jika anda tidak biasa membeli barang di atas talian, anda boleh memilih untuk membeli set bersalin di kedai supaya tiada masalah berlaku ketika pembelian.

Anda juga boleh membuat kajian supaya anda tahu kedai yang menjual barang yang berkualiti tinggi serta boleh dipercayai.

3. Pakej atau berasingan

Anda juga boleh memilih untuk membeli barang bersalin sama ada dalam bentuk pakej ataupun secara berasingan mengikut keperluan anda.

Ini kerana bagi sesetengah ibu, mereka sudah biasa membeli set bersalin dan sudah mempunyai beberapa barang yang dibeli sebelum ini dan mereka tidak perlu untuk membeli set yang baru.

Namun bagi ibu yang baru, mereka dinasihatkan untuk membeli secara pakej supaya mereka dilengkapi dengan semua barang yang diperlukan untuk membantu mereka dalam tempoh pantang.

4. Semak tarikh luput set

Untuk memastikan anda dapat menggunakan set bersalin dengan tempoh yang lama, pastikan anda membeli set yang tidak mempunyai tarikh luput yang terlalu dekat.

Jika anda membeli barang yang mempunyai tarikh luput yang dekat, anda mungkin tidak dapat menggunakannya sampai habis kerana ia mungkin luput sebelum anda habis berpantang.

Ini akan memaksa anda untuk membeli set yang baru serta mengeluarkan duit lebih.

5. Semak label set

Setelah memilih jenama set bersalin yang anda ingin membeli, anda harus menyemak label set tersebut bagi memastikan bahan yang terkandung dalam set itu sesuai dengan anda.

Hal ini penting bagi mengelakkan sebarang alahan berlaku dan masalah kesihatan yang lain.

Ini terutamanya bagi ibu baru kerana mereka akan sentiasa bersama bayi mereka yang sangat sensitif terhadap perkara seperti alahan.

6. Pandangan daripada keluarga dan rakan-rakan yang pernah membeli

Jika anda tidak pasti tentang set bersalin yang mana patut dibeli, anda boleh cuba mendapatkan pendapat daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang pernah menggunakan set bersalin juga.

Anda juga boleh bertanya tukang urut anda atau penjaga waktu pantang tentang set bersalin yang paling bagus dan sesuai untuk diri anda.

Namun begitu, anda perlu ingat badan setiap orang tidak sama, jadi apa yang bagus untuk orang lain tidak semestinya berkesan untuk diri kita.

Oleh itu, anda perlu memilih dengan betul dan tidak mengikuti pandangan orang lain bulat-bulat.

7. Kuantiti yang patut dibeli

Seperti cadangan kami sebelum ini, kuantiti set bersalin yang dibeli juga bergantung atas keperluan serta kemampuan anda.

Ini kerana, jika anda beli dengan terlalu banyak, ia akan dibazirkan begitu sahaja dan ia akan menyebabkan anda menghabiskan wang dengan banyak.

Oleh itu, pastikan anda membeli barang bersalin dengan kuantiti yang cukup sahaja.

Set Pantang Setsuri

Di bahagian ini, kami akan mencadangkan beberapa set bersalin yang anda boleh beli dari Setsuri.

  1. Setsuri Dewi Set Berpantang

Setsuri Dewi Set Berpantang ini merupakan salah satu set berpantang pilihan ramai ibu-ibu diluar sana.

Ini disebabkan oleh produknya yang berkualiti dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Set berpantang Dewi dari Setsuri ini didatangkan di dalam tiga produk iaitu baby oil, slimming lotion dan massage oil.

  1. Setsuri Bidadari

Selain itu, salah satu pakej berpantang dari Setsuri yang menjadi pilihan ramai adalah Set Bidadari. Set berpantang ini sangat bersesuaian bagi ibu-ibu yang bersalin buat pertama kalinya.

Hal ini kerana ia menawarkan produk-produk utama yang sangat penting ketika berpantang. Antaranya adalah:

  • Sachet Mandian Herba Tradisional
  • Campuran Herba V – Steam Tradisional
  • Kantung Herba Tradisional
  • Kompres Badan Garam Herba Tradisional
  • Minyak Kelapa Dara
  • Pengumpul Susu Susu
  • Korset Zip Calico 2-Tier Binding

3. Setsuri Puteri

Seterusnya, adalah set berpantang Setsuri Puteri. Dengan harga yang sangat murah dan berpatutan, pakej ini menawarkan lima produk untuk berpantang.

Produk dari set Setsuri Puteri ini adalah seperti berikut:

  • Kompres Badan Garam Herba Tradisional
  • Campuran Herba V – Steam Tradisional
  • Sachet Mandian Herba Tradisional
  • Pengumpul Susu Susu
  • Minyak Kelapa Dara

Kesimpulannya, set pantang merupakan perkara yang sangat penting untuk anda dapatkan  selepas bersalin. 

Sekiranya anda masih lagi belum membelinya sebagai persediaan selepas bersalin, anda boleh melihat Setsuri seperti dicadangkan di dalam artikel ini.

Setsuri merupakan syarikat yang membekalkan produk berpantang yang terkemuka di Malaysia.

Kesemua produk Setsuri diperbuat dari bahan semula jadi dan mesra alam yang diilhamkan oleh rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan ramuan dan bahan semula jadi tropika.

Layari laman web Setsuri kerana terdapat pelbagai produk berpantang buat ibu-ibu.

Antaranya adalah mandian herba, minyak dan losyen, produk menyusu dan bahan bertungku. 

Tujuan utama Setsuri adalah untuk menolong wanita yang bergelar ibu terutamanya yang menjadi ibu buat pertama kali.

Walaupun telah dimodenkan untuk kemudahan para wanita, Setsuri masih lagi berpandukan rawatan tradisional.

Berpengalaman dalam industri selama 8 tahun, tidak hairanlah Setsuri menjadi syarikat yang membekalkan produk berpantang terkemuka di Malaysia!

Jadi jangan tunggu lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlukan bantuan?